Monday 21 January 2013

Hello kids...(",)

Budak-budak suka meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa....(",)


Anda Kategori mana????

0k baiklah,, “Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh/solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah ...melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”

''Barangsiapa yang mengajarkan suatu ilmu maka Allah akan menyempurnakan pahala baginya. Barangsiapa belajar lalu mengamalkannya maka Allah akan mengajarkan apa-apa yang belum diketahui.''

Dari Abu Umamah al-Baahili radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، حَتَّى النَّمْلَةَ فِى جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ، لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ »

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat, serta semua makhluk di langit dan di bumi, sampai semut dalam lubangnya dan ikan (di lautan), benar-benar bersalawat/mendoakan kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan(ilmu agama) kepada manusia”.



Imam Al-Ghazali

Aurat...


Ya Allah banyak lagi yang perlu diperbaiki...



Anda merokok????????


Harga rokok (purata) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka......

Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar


Wanita.....

Assalamualaikum.. ^^

Wanita solehah tidak semestinya berniqab, bertudung labuh, berpakaian labuh, berwajah berseri-seri, dan sebagainya... Tapi kesolehahan itu lahir daripada hati, kemudian dizahirkan melalui perbuatan kita.


 







Sunat Hari Jumaat



1. Hari Jumaat terdapat masa yang mustajab doa. Maka, perbanyaakkan doa

2. Bersedia menghadapi hari jumaat mulai dari hari khamis dengan (1) mencuci kain & baju (2) banyakkan mengucap tasbih & istighfar.

3. Sunat mandi apabila terbit fajar sehingga solat Jumaat didirikan. Yang lebih afdal; mandi ketika hendak pergi solat jumaat.

4. Sunat memakai pakaian putih.

5. Sunat memakai wangi-wangian seperti kasturi & makhruh memakai zabad (kerana menyerupai pakaian perempuan)

6. Sunat (1) menghilangkan bau busuk badan (2) mencukur bulu ari-ari (3) memotong misai (4) mengerat kuku (5) bersugi (6) mencabut bulu ketiak
*jangan mencukur janggut.

7. Sunat berpagi-pagi pergi ke masjid dengan (1) berjalan (2) hati sentiasa mengingati Allah (3) membaca quran (4) Selawat.

8. Apabila masuk ke masjid dituntut berada di saf pertama.

9. Jangan melangkah bahu orang lain.

10. Jangan duduk sehingga didikan solat tahiyat masjid & memadai sekadar 2 rakaat, jangan meninggalkan solat itu sekalipun ketika khatib membaca khutbah.

11. Sunat membaca surah al-Kahfi

12. Perbanyak membaca selawat kepada Rasulullah saw pada hari jumaat & malamnya.

13. Selepas imam naik ke atas mimbar jangan bersolat (kecuali solat tahiyat masjid yang ringkas). Makruh berkata-kata melainkan menjawab azan (ianya sunat)

14. Sunat mendengar khatib membaca khutbah (jangan menyibukkan diri dengan amalan yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir atau berselawat)

15. Setelah selesai Solat Jumaat, sunat tidak berkata-kata sebelum membaca al-fatihah (7x), al-ikhlas (7x), al-Falaq (7x), an-Nas (7x).

16. Sunat bersolat 4 rakaat setelah solat Jumaat (2 rakaat pertama: sunat Muakkadah, 2 rakaat terakhir: tidak muakkadah)

17. Setelah selesai solat Jumaat, sunat duduk di masjid sehingga Asar atau Maghrib dengan niat iktikaf.

18. Perbanyakkan doa sepanjang hari Jumaat dengan khusyuk & tawadu’, kerana terdapat masa mustajab doa oleh Allah pada hari Jumaat.

19. Antara masa mustajab doa ialah (1) waktu terbit matahari (2) waktu gelincir matahari (3) ketika iqamat (4) ketika khatib naik ke mimbar (5) ketika berdiri untuk bersolat.

20. Sunat memperbanyak sedekah.

Wallahua’lam